Get Adobe Flash player
Joomla gallery by joomlashine.com
Main Promo Images
Misi Kami
Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio - ekonomi negara.
Carian Pangkalan Data JPNP
Anda boleh membuat carian pangkalan data direktori pegawai JPNP.
http://forestry.pahang.gov.my/index.php/hubungi-kami/direktori-pegawai.html
Komitmen Kami
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang adalah komited untuk melaksanakan MC&I (Hutan Asli) ke arah mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.
"Moh Senyum"
Sentiasalah memberi senyuman semasa menyampaikan perkhidmatan.
Media Baru JPNP
Ikuti kami di Facebook, RSS, Flickr dan Foursquare. Capaian ke laman web kini lebih mudah dengan mengimbas Kod QR kami.
Satu taklimat berkaitan Program Kebajikan CEUPACS untuk kakitangan awam dan anggota beruniform telah diadakan di Pejabat Hutan Daerah Lipis pada 17 April 2013 bagi memberi kefahaman kepada anggota terhadap kepentingan kebajikan CEUPACS kepada kakitangan terutama apabila mengalami kemalangan di tempat kerja dan lain-lain manfaat berkaitan.
Takilmat telah disampaikan oleh Tuan Syed Mohamed Alwi bin Syed Mohamed Fadilah, wakil dari Etiqa Takaful dan dihadiri oleh 66 orang kakitangan dari semua gred jawatan.
Pejabat Hutan Daerah Lipis telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan GPS dan GIS kepada kakitangannya pada 17 hingga 19 April 2013 bertempat di pejabat tersebut. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah menjemput beberapa orang penceramah dari PHD lain iaitu Encik Azni bin Abd Manaf dan Encik Ibrahim Adham bin Khalib dari PHD Temerloh, Encik Yusree bin Bidin dari PHD Raub dan Encik MOhamad Faizal bin Mahmud dari PHD Lipis.
Kursus ini memberi peluang kepada kakitangan untuk menambah kemahiran menggunakan peralatan sokongan GPS dan kemahiran menggunakan perisian GIS dalam pengurusan operasi harian. Peserta juga telah dibawa ke Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis untuk menjalani latihan amali penggunaan GPS di lapangan. Encik Nor Shahrini bin Nordin Ahmad telah merasmikan majlis perasmian dan penutup kursus ini.
Lipis, 5 April 2013 - Taklimat Kesedaran dan Pencegahan Kebakaran anjuran Fire Prevention Service Centre telah diadakan di Pejabat Hutan Daerah Lipis dan disertai oleh 66 orang kakitangan dari semua gred jawatan. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan asas untuk mencegah kejadian kebakaran di pejabat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Lim Loong Nam yang merupakan seorang Penasihat Keselamatan Kebakaran. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Nor Shahrini bin Nordin Ahmad.