SYARAT DAN PERATURAN MENGGUNAKAN SISTEM e-EKO RIMBA
 
1.    Pengguna boleh mendapatkan maklumat berguna berkaitan semua Taman Eko Rimba dan satu Hutan Taman Negeri di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam sistem ini.

2.  Terdapat empat (4) Taman Eko Rimba yang diuruskan oleh syarikat pemajak dan sebarang permohonan dan tempahan yang ingin dibuat di Taman Eko Rimba tersebut adalah tidak melalui jabatan ini. Ia adalah tertakluk di bawah seliaan pemajak tersebut. Empat Taman Eko Rimba tersebut ialah:
   a)   Taman Eko Rimba Sungai Pandan, Kuantan.
   b)   Taman Eko Rimba Lata Lembik, Raub.
   c)   Taman Eko Rimba Kem Nusa, Jerantut.
   d)   Taman Eko Rimba Lata Jarum, Raub.
    
3.   Sistem ini menyediakan borang permohonan secara online bagi:
     a)   Permohonan mengadakan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri (perkhemahan/jungle trekking/mountain biking/fotografi atau       videografi komersial/sebarang aktiviti berkumpulan dan bermalam).  
     b)  Tempahan kemudahan di Taman Eko Rimba.
     c)   Permohonan mendaki gunung/trail.

4. Makluman keputusan permohonan akan diemelkan kepada pemohon. Pemohon juga boleh membuat semakan permohonan dalam sistem ini menggunakan Nombor Kad Pengenalan pemohon sebagai rujukan. Pemohon berjaya perlu mengambil tindakan selanjutnya seperti kandungan emel yang diterima bagi permohonan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK). Permit hanya diperlukan bagi aktiviti di bawah:
   a)   Mendaki gunung/trail.
   b)   Memasuki empat (4) Taman Eko Rimba di bawah:
         i. Taman Eko Rimba Berkelah, Kuantan (jika memasuki air terjun di tingkat 2 dan ke atas sahaja).
      ii. Taman Eko Rimba Jerangkang, Kuantan.
      iii. Taman Eko Rimba Rimba Kenong, Lipis.
      iv. Taman Eko Rimba Lata Meraung, Jerantut.

5.   Setiap permohonan mestilah mewakili satu kumpulan peserta sahaja dan akan diproses untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang/Pegawai Hutan Daerah.

6.    Semua permohonan mestilah dibuat tidak kurang dari 14 hari berkerja dari tarikh aktiviti akan dijalankan.

7. Sistem ini tidak menyediakan perkhidmatan bayaran secara online. Bagi bayaran permit, ia hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD berkaitan sebelum aktiviti pendakian dijalankan pada hari dan waktu berkerja. Manakala bayaran memasuki/menggunakan fasiliti di Taman Eko Rimba hendaklah dibuat di lokasi Taman Eko Rimba yang dikunjungi.
Alamat setiap PHD boleh didapati DI SINI.

8.    PENTING :
Bayaran permit memasuki Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan mendaki gunung adalah sebanyak RM10.00 seorang.
Bayaran Fi Masuk, Fi Menggunakan Kemudahan dan Fi Menjalankan Aktiviti yang dikenakan ke atas pengunjung di beberapa Taman Eko Rimba terpilih seperti di bawah boleh disemak DI SINI.
  1) Taman Eko Rimba Gunung Senyum, Temerloh seliaan Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera.
2) Taman Negeri Endau-Rompin, Rompin seliaan Pejabat Hutan Daerah Rompin.
3) Taman Eko Rimba Lata Meraung, Jerantut seliaan Pejabat Hutan Daerah Jerantut.
4) Taman Eko Rimba Terenggun, Lipis seliaan Pejabat Hutan Daerah Lipis.
5) Taman Eko Rimba Lentang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
6) Taman Eko Rimba Chamang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
7) Taman Eko Rimba Sungai Pauh, Cameron Highlands seliaan Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands.