• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification
Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Pahang (2016-2025) ini telah dihasilkan oleh Jabatan Perhutanan, Pahang mengikut Panduan Penyediaan Racangan Pengurusan Hutan Bagi Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Tempoh RPH ini adalah selama 10 tahun bermula Tahun 2016 hingga Tahun 2025. Jangka masa melaksanaan ini adalah melibatkan  Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Satu kajian separuh penggal akan dilakukan pada akhir Rancangan Malaysia ke-11 pada Tahun 2020.

Matlamat RPH bagi tempoh 2016-2025 adalah untuk menjamin keberkekalan sumbangan dan peranan hutan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar melalui pengurusan hutan secara berkekalan.

Antara saranan-saranan yang dibuat di dalam RPH ini meliputi perancangan dan pelaksanaan pengurusan hutan mengikut klasifikasi fungsi hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai isi kandungan kawasan-kawasan HSK melalui inventori hutan. Pengusahasilan hutan secara berkekalan berdasarkan pengiraan berdasarkan maklumat sumber hutan semasa, catuan tebangan tahunan yang telah dikenalpasti ialah 13,687 hektar. Pada keadaan semasa purata pertumbuhan diameter pokok tahunan mengikut Sistem Pengurusan Memlih adalah 0.50 hingga 0.80 cm/ tahun. Manakala purata pertumbuhan isipadu pokok tahunan adalah 2.20 hingga 4.86 m3/ha/tahun. Data ini akan  mempengaruhi unjuran hasil sebanyak RM 840 juta yang dijangka diperolehi sepanjang tempoh RPH.

Dalam tempoh RPH ini juga, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan lebih memberi perhatian kepada usaha-usaha seperti meningkatkan perolehan bahan tanaman dengan penggunaan mesin berautomasi dan mempergiatkan program restorasi untuk mempertingkatkan komposisi jenis-jenis pokok berpasaran dan bermutu tinggi di kawasan terosot dan miskin di dalam HSK. Ekopelancongan berasaskan alam semulajadi di Taman Eko Rimba dan Taman Negeri dipromosikan melalui pelaksanaan program dan aktiviti pendakian gunung, penerokaan gua dan penjelajahan denai. Selain itu, JPNP akan memperkenalkan sistem jurupandu alam kepada kakitangan dan orang awam bagi meningkatkan lagi sosio ekonomi setempat. Ekspedisi saintifik kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika akan dilaksanakan bertujuan mengumpul, mendokumentasi dan menjalankan kajian saintifik berkaitan flora, fauna dan ekosistem bagi membangun dan memelihara sumber hutan. Hasil hutan bukan kayu seperti herba, karas, buluh dan rotan diambilkira dalam tempoh RPH ini untuk dibangunkan. Pemantapan aktiviti penguatkuasaan melalui penambahbaikan prosedur, memperkasa kakitangan dan meningkatkan keupayaan peralatan. Semua aktiviti dalam tempoh RPH ini akan diperkukuhkan melalui pembangunan modal insan kepada kakitangan jabatan dan pihak swasta. Keberkesanan pelaksanaan RPH ini dapat dinilai melalui pemantauan, pengawalan dan penilaian secara berkala.

Program dan projek yang dirancang dalam tempoh RPH ini memerlukan komitmen semua peringkat kakitangan JPNP serta sokongan peruntukan kewangan sejumlah RM 89.99 juta untuk memastikan semua matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Disember 2018.
Harini 1
Semalam 1
Minggu Ini 4
Bulan Ini 46
Jumlah Pelawat 23258

Test

sasasasasasasasa