• Pemasyhuran Sultan Pahang Ke-6
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Belimbing, 22 Januari 2014 - Unit Pengurusan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah berkerjasama dengan Bahagian Pengurusan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menganjurkan Latihan Hands-On Modul Pengeluaran Pas Pemindah di Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) Bagi Projek Mereplikasi Sistem Radio Frequency Identification (RFID) Di Negeri Pahang. Latihan yang diadakan di Pusat Latihan Pembangunan Hutan (PLPH) di Belimbing, Maran tersebut mensasarkan kakitangan dari Unit Pengurusan Hutan dan kakitangan yang bertugas di BPH serta Unit Teknologi Maklumat. Peserta dilatih menggunakan Sistem RFID tersebut untuk membuat pengeluaran Pas Pemindah dan penyediaan Laporan Abstrak. Latihan ini adalah lanjutan kepada Latihan Hands-On Modul Penandaan Pokok yang telah diadakan pada Jun 2013.

Barisan penceramah dari Bahagian Pengurusan Hutan JPSM telah diketuai oleh Encik Mohd Shahril Nizam bin Mat Ali, Penolong Pengarah Pengurusan Hutan Darat I. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri latihan selama dua hari tersebut yang berakhir pada 23 Januari 2014. Pengetua PLPH, Encik Nazri bin Husin telah merasmikan Majlis Penyempurnaan Kursus pada jam 12.30 tengahari hari yang sama sekaligus menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar. Peserta bersurai jam 2.00 petang.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 16 Januari 2019.
Hari Ini 2
Semalam 1
Minggu Ini 7
Bulan Ini 24
Jumlah Pelawat 23297

Test

sasasasasasasasa