• Tahun Baru Cina 2019
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

1) Apakah itu Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan yang disedia kan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


2)  Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang?

Seluruh dunia boleh melayari Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Pahang dan menggunakan maklumat tersebut.


3) Sekiranya terdapat pembalakan haram di sekitar kami, siapakan yang kami patut hubungi?

Jika terdapat kes pembalakan Haram anda boleh hubungi Unit Penguat Kuasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776.


4) Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian kaki setiap halaman laman web ini.


5) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Pahang?

Permohonan permit memasuki HSK mestilah diperoleh sebelum aktiviti memasuki hutan tersebut dilakukan. Sila kenalpasti daerah HSK tersebut dan hubungi Pegawai Hutan Daerah berkaitan bagi tujuan permohonan permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM5 per individu. Sila layari di sini untuk mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Hutan Daerah.


6) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Perhutanan Pahang?

Anda boleh hubungi melalui Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan Pahang, Malaysia
Tel    : +609-5732911
Faks : +609-5736152
Emel : forestry[at]pahang.gov.my.

mySMS adalah merupakan perkhidmatan yang dibekalkan untuk memudahkan orang awam mengetahui alamat Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Hutan Daerah. Untuk mendapatkan alamat melalui perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu menaip kod dan subkod perkhidmatan serta menghantarnya ke 15888. Pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan seterusnya tambahan caj sebanyak RM0.20 akan dikenakan apabila pengguna menerima alamat tersebut.

Berikut ialah kod untuk memperoleh maklumat dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang :

KOD SMSPENERANGAN
FOREST[space]JPNPAHANG Alamat, Nombor Telefon dan Nombor Faks Pejabat Perhutanan Negeri Pahang
FOREST[space]PHDPAHANG Nombor Telefon semua Pejabat Hutan Daerah di Pahang

Tatacara penggunaan :


1. Taip SMS (contoh):

FOREST JPNPAHANG

2. Hantar ke 15888
3. SMS jawapan akan diterima selepas itu

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 15 Februari 2019.
Hari Ini 94
Semalam 92
Minggu Ini 1293
Bulan Ini 2458
Jumlah Pelawat 27273

Test

sasasasasasasasa