Lawatan Kerja Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Ke Kawasan Rizab Pelancongan Tasik Chini

Tanggal 2 Mac 2012, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman telah sudi meluangkan masa untuk melawat Kawasan Rizab Pelacongan Tasik Chini. Lawatan yang bermula jam 9.00 pagi tersebut turut disertai oleh kakitangan daripada Bahagian Pengurusan Hasil, Pejabat Perhutanan Negari Pahang. Program lawatan bermula dengan aktiviti menanam pokok seterusnya lawatan ke Denai Intepretasi yang sedia ada dan tambahan. YH. Dato’ PPN Pahang turut melawat Cadangan Petak Arboreatum yang terletak dalam Kawasan Rizab Pelacongan Tasik Chini. Program lawatan ini telah diaturkan oleh Unit Hutan Lipur dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Kuantan/ Pekan/ Maran, Bahagian Pembangunan II dan pengusaha Tasik Chini Resort.

Cetak