Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Memilih Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota sebagai lokasi merupakan satu perubahan berbanding sambutan terdahulu di Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau. Masih mengekalkan konsep gerai, kesemua tujuh Pejabat Hutah Daerah, Pejabat Ladang Hutan, Pejabat Pembangunan Hutan dan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang telah menghias gerai mereka dan menyajikan pelbagai makanan serta minuman istimewa. Antara hidangan yang menarik ialah rendang rusa, daging kambing bakar, nasi arab, kacang sempalit dan lemang periuk kera. Semua tetamu dihiburkan dengan lagu-lagu raya daripada kumpulan penyanyi yang dijemput khas ke majlis ini. YH. Dato’ Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman, Pengarah Perhutanan telah sudi menyampaikan wang sumbangan kepada anak-anak yatim dan duit raya kepada anak-anak kakitangan Jabatan. Di akhir majlis, Pejabat Hutan Daerah Rompin dinobatkan sebagai pemenang pertandingan gerai terbaik pada tahun ini. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail serta dif-dif jemputan yang lain di atas kesudian menyerikan lagi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan. Jabatan juga merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan syabas di atas usaha semua warga Jabatan dalam menjayakan majlis ini.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.