• Utama
  • Piagam Pelanggan
  • Lawatan Kerja Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Ke Kawasan Rizab Pelancongan Tasik Chini

Program Kempen Kesedaran Tanam Pokok Bakau di INOCEM


Cherok Paloh, 18 Disember 2012 - Program Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai Hijrah, Cherok Paloh, Kuantan telah diadakan di Institut Oseanografi dan Maritim (INOCEM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan ekosistem hutan persisiran pantai, memberi pendedahan secara praktikal kepada masyarakat berhubung aspek pembelajaran pemuliharaan hutan persisiran pantai dan menggalakkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti penanaman pokok. Dimulakan dengan aktiviti membersihkan persisiran pantai, acara diteruskan dengan majlis perasmian dan program menanam pokok. Lebih 500 anak pokok Rhu pantai (Casuarina equisetilofa) berjaya ditanam oleh peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, kakitangan dan pelajar UIAM serta penduduk Kampung Cherok Paloh dan sekitar Mukim Penor. Dua slot ceramah telah disampaikan oleh wakil UIAM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada peserta sebelum program berakhir jam 2.00 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.