• Pemasyhuran Sultan Pahang Ke-6
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification
Kuantan, 19 Mac 2016 - Program Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Kuantan/Pekan/Maran di Kompt. 363, Hutan Simpan Berkelah telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran pad hari Sabtu, 19 Mac 2016 yang lalu. Program tersebut yang menyasarkan penanaman anak pokok telah berjaya melaksanakan penanaman 1000 batang anak pokok hutan berkualiti daripada spesies Meranti Tembaga, Meranti Temak Nipis dan Keladan. Seramai 150 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 60 orang pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Kuantan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Encik Hassanuddin bin Yahya, 30 orang pelajar Kolej Pacific Kuantan yang diketuai oleh Puan Liza binti Yazid serta kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran sendiri.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II), Encik Samsu Anuar bin Nawi. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang kepentingan dan fungsi hutan kepada manusia dan alam sekitar serta memupuk sifat cintakan alam semulajadi dan menyokong kempen 1 Rakyat 1 Pokok.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 16 Januari 2019.
Hari Ini 2
Semalam 1
Minggu Ini 7
Bulan Ini 24
Jumlah Pelawat 23297

Test

sasasasasasasasa