• Utama
  • Bantuan Laman Web
  • 2016
  • Program Penghijauan Cameron Highlands Siri 1/2016 Dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Cameron Highlands

Program Penghijauan Cameron Highlands Siri 1/2016 Dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Cameron Highlands

28 Mac 2016, Cameron Highlands - Pada 28 Mac 2016, Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Pejabat Hutan Daerah Raub/ Cameron Highlands dan Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah bekerjasama menganjurkan Program Penghijauan Cameron Highlands Siri 1/2016 dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Cameron Highlands. Program ini telah diadakan di kawasan bekas teroka yang telah dilaksanakan operasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan terletak di Kompartmen 3, Hutan Simpan Terla A dengan keluasan dianggarkan seluas 0.5 ha.

Program ini telah disertai oleh 34 orang pelajar bersama 2 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja dan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cameron Highlands. Program ini juga turut disertai oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II), Tuan Haji Azmer bin Mohamed, Penolong Pengarah Perhutanan (Latihan), Encik Haffiz bin Baharuddin, Pegawai Hutan Daerah Cameron Highlands, Encik Mohd. Shukri bin Mohd. Alip dan beberapa orang pegawai dari Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia serta kakitangan daripada Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands dan Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat. Sebanyak 1000 batang pokok telah berjaya ditanam semasa program tersebut dan spesies yang terlibat adalah Rhu sebanyak 120 pokok, Gerok sebanyak 300 pokok, Damar Minyak sebanyak 580 pokok dan Meranti Bukit sebanyak 100 pokok.

Kejayaan dalam pelaksanaan program ini menunjukkan Jabatan sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap program penanaman semula pokok terutamanya di kawasan bekas Operasi Gading (Ops Gading) bagi memastikan kelestarian alam sekitar di Cameron Highlands dapat dipulihkan semula. Selain itu, Jabatan juga berharap dengan adanya program kerjasama bersama pelajar sekolah ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat terutamanya generasi muda dalam menjaga dan memelihara alam sekitar mereka.

Oleh yang demikian, Program Penghijauan Cameron Highlands ini akan sentiasa dilaksanakan dengan melibatkan lebih ramai orang awam bagi memastikan objektif Jabatan dalam memberi kesedaran kepada masyarat umum terhadap pemeliharaan alam sekitar adalah tercapai.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.