Kem Perhutanan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2016

Kuantan, 25 September 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Kem Perhutanan Peringkat Negeri Pahang 2016 pada 23 hingga 25 September 2016 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Pahang, Belimbing, Kuantan. Kem yang diadakan setiap dua tahun sekali ini melibatkan seramai 92 orang pelajar daripada 25 sekolah menengah sekitar daerah Kuantan dan Temerloh dan 19 orang guru pengiring. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya generasi muda tentang kepentingan hutan dan memupuk kesedaran agar mencintai alam sekitar.

Selama 3 hari pelajar telah didedahkan tentang ilmu perhutanan dan aktiviti lasak seperti “Night Walk”, “Jungle Trekking”, “Jungle Survival”, Memanjat Pokok dan “Orienteering” yang dikendalikan oleh urusetia daripada Unit Latihan, Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Unit Silvikultur dan Pejabat Ladang Hutan Kemasul. Selain itu, pelajar juga dikehendaki membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing berkaitan hutan dan berpeluang menanam pokok buah-buahan nadir hutan pada hari terakhir.

Majlis Perasmian Penutup Kem Perhutanan ini dirasmikan oleh Haji Azmer Bin Mohammad, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan dihadiri oleh Encik Abdullah Sani Bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Pahang serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Kem Perhutanan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan mendapat banyak reaksi positif daripada kalangan pelajar serta guru pengiring. Kebanyakan maklumbalas yang diterima meminta agar Kem Perhutanan ini kerap diadakan iaitu setahun sekali dan memanjangkan tempoh kem dengan pengisian lebih banyak program lasak berunsurkan hutan.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.