Seminar Perhutanan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2016

Kuantan, 6 Oktober 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menganjurkan satu Seminar Perhutanan Peringkat Negeri Pahang bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Seramai 150 orang peserta daripada pegawai dan kakitangan beruniform telah menghadiri seminar ini bagi mendengar dan memberi input untuk sembilan (9) kertas kerja yang dibentangkan oleh pegawai-pegawai kanan JPNP. Kertas kerja ini meliputi beberapa perkara yang menjadi isu dalam sektor perhutanan antaranya melibatkan bidang pengurusan hutan, penguatkuasaan hutan, teknologi maklumat dan silvikultur.

Selain itu, para peserta turut berpeluang melihat perkembangan teknologi terkini dalam bidang perhutanan seperti drone, laser measure distance terkini dan alat keluaran Huqsvarna terbaru melalui pameran yang bertempat di lobi dewan seminar. Majlis Perasmian Seminar ini disempurnakan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman dan diiringi oleh tiga (3) orang Timbalan Pengarah JPNP. Dengan terlaksananya seminar seperti ini, Jabatan berharap agar dapat mewujudkan sesi perbincangan dan percambahan idea dalam skala yang besar di antara pihak atasan dengan pihak pelaksana bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan hutan di negeri Pahang pada masa kini dan akan datang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.