• Utama
  • Bantuan Laman Web
  • 2016
  • Seminar Penguatkuasaan Bersepadu Dalam Pengurusan Hutan Berkekalan “Sehati Sejiwa Mencegah Rasuah Dalam Sektor Perhutanan” Dan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP)

Seminar Penguatkuasaan Bersepadu Dalam Pengurusan Hutan Berkekalan “Sehati Sejiwa Mencegah Rasuah Dalam Sektor Perhutanan” Dan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP)

Kuantan, 15 November 2016 - Seminar bertajuk Penguatkuasaan Bersepadu Dalam Pengurusan Hutan Berkekalan “Sehati Sejiwa Mencegah Rasuah Dalam Sektor Perhutanan” Dan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang telah berjaya diadakan di Hotel Vistana, Kuantan pada 15 Novermber 2016. Seramai lebih kurang 200 orang peserta telah menyertai seminar tersebut yang terdiri daripada kakitangan JPNP, Kontraktor Pengusahasilan, Kontraktor Pembangunan Hutan dan Pekilang Industri Berasas Kayu.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mendapatkan kerjasama dan merangka satu usaha pencegahan rasuah secara bersepadu dan secara berterusan melalui usaha dalaman yang melibatkan pihak swasta sektor perhutanan iaitu kontraktor pengusahasilan dan pembangunan hutan serta pekilang industri berasas kayu. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada semua pihak yang berkaitan dengan pengurusan hutan dan bagi meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu integriti serta tadbir urus yang berkaitan dan seterusnya mencadangkan apa-apa penambahbaikan.

Seminar yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail itu telah diisi dengan tiga (3) pembentangan kertas kerja iaitu Pengurusan Hutan secara Berkekalan dan Penguatkuasaan Hutan Dalam Negeri Pahang oleh Dato' Mohd Zin bin Yusop, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Pengukuhan Integriti Dalam Sektor Perhutanan, Harapan dan Cabaran oleh Tuan Hairuzam Bin Mohamad Amin @ Hamim, Ketua Unit Integriti Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Hasil Kajian, Isu dan Cadangan Serta Kesan Kepada Alam Sekitar oleh Prof Dr. Maketab Bin Mohamed dari Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia. Turut diadakan adalah sesi soal jawab antara ahli panel dan peserta seminar di penghujung seminar.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.