Majlis Memperbaharui Ikrar Tahun 2014

Kuantan, 20 Januari 2014 - Majlis Memperbaharui Ikrar Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tahun 2014 telah diadakan di Dewan Utama Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Majlis tersebut dihadiri oleh 350 kakitangan jabatan yang terdiri daripada semua pegawai dan wakil-wakil kakitangan dari semua unit dan pejabat. Majlis dimulai dengan penyampaian ucapan dan amanat khas oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Yang Hormat Dato' Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman. Seterusnya, kesemua kakitangan mengangkat ikrar dengan bacaan ikrar yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Encik Lim Kee Leng.

Selesai bacaan ikrar, sesi menandatangani Surat Akujanji Pengurusan Hutan Secara Berkekalan oleh pegawai-pegawai diadakan. Majlis turut disambung dengan sesi dialog antara kakitangan bersama pihak pengurusan yang diwakili oleh Yang Hormat Dato' Pengarah, Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) dan Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan I). Majlis bersurai jam 12.30 tengahari.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.