Perhimpunan Bulanan Bahagian Pembangunan Bukit Sekilau

Kuantan, 7 Januari 2014 - Lebih 120 kakitangan dan pegawai Pejabat Silvikultur Negeri (PSN) termasuk Pusat Latihan Pembangunan Hutan Belimbing dan Ladang Hutan Kemasul menyertai perhimpunan Tahun Baru 2014. Perhimpunan yang diadakan di PSN Bukit Sekilau itu turut dihadiri Timbalan Pengarah (Pembangunan II), Tuan Haji Abdul Khalim bin Abu Samah yang menyampaikan amanat berupa harapan serta perancangan dalam usaha meletakan PSN pada kedudukan lebih baik dan membanggakan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan selain menaik taraf kemudahan yang di PSN Bukit Sekilau dan PSN Raub, tumpuan memajukan tapak semaian turut akan diberikan seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM).

Turut hadir pada perhimpunan berkenaan ialah Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I), Encik Edevaldo J Yapp, Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I), Puan Norulhuda binti Ali dan Penolong Pengarah (Ladang Hutan), Cik Azqan Dalila Binti Ahmad Tajuddin.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.