Taklimat Khas Leptospirosis

Kuantan, 20 Januari 2014 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Taklimat Khas Leptospirosis kepada kakitangannya bertempat di Dewan Utama Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bahaya kencing tikus dan demam malaria kepada kakitangan terutama yang terlibat dengan operasi di hutan-hutan lipur.

Jabatan telah menjemput dua orang penceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan iaitu Dr. Haji Amirullah bin Arshad, Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan dan Dr. Mariah binti Alwi, Pegawai Kesihatan Epidemiologi. Dalam taklimat tersebut, kakitangan diingatkan supaya menggunakan sarung tangan dan but ketika bertugas bagi mengelakkan jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis ini. Mengulas mengenai sesi taklimat tersebut, Encik Norhaidi bin Yunus, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan I) berkata, kakitangan yang bertugas di hutan adalah berisiko tinggi kepada jangkitan tersebut. Justeru faktor kebersihan perlu diutamakan sepanjang berada di kawasan berisiko.

Selain kakitangan, pengunjung hutan lipur juga diseru untuk sama-sama berkerjasama menjaga kebersihan di hutan-hutan lipur bagi mengelakkan pembiakan tikus akibat sisa-sia makanan yang dibuang merata-rata. Ini sekaligus dapat menjaga imej negeri dengan menyediakan tempat-tempat tumpuan pelancong terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Taklimat yang dihadiri oleh 300 orang kakitangan itu bermula pada 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.