Kursus Akauntabliti Bagi Pengurusan dan Kewangan

Kuantan, 21 Januari 2014 - Bertempat di Bukit Gambang Resort City, seramai 25 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional telah menghadiri Kursus Akauntabiliti Bagi Pengurusan dan Kewangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang anjuran Unit Pentadbiran dan Kewangan. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai prinsip-prinsip asas kewangan kerajaan serta pengurusan perolehan dan proses pembayaran. Peserta adalah terdiri daripada Pegawai-pegawai Hutan Daerah, Ketua-ketua PTJ dan Ketua-ketua Unit di PHN.

Penceramah yang dijemput bagi mengendalikan sesi-sesi ceramah tersebut ialah Ketua Audit Dalam Pejabat SUK Pahang, Encik Mohd Shahril bin Yahya dan ketua Penolong Pengarah Kewangan Negeri, Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir. Kursus yang bermula pada 21 Januari 2014 itu telah berakhir pada 23 Januari 2014.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.