Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Semuji, 20 Februari 2014 - Unit Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengurusan Aset Alilh Kerajaan kepada seramai 80 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Bengkel tersebut yang bermula pada 18 Februari 2014 dan berakhir pada 20 Februari 2014 telah diadakan di Agro Semuji Resort, Jalan Kuantan-Maran. Peserta yang terpilih adalah meliputi seluruh unit dan Pusat Tanggungjawab Jabatan yang menguruskan aset alih jabatan masing-masing. Dikendalikan secara hands-on, bengkel ini telah mencapai objektifnya untuk melatih kakitangan menguruskan aset alih jabatan bermula dari proses penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira.

Penceramah yang telah dijemput bagi melaksanakan kesemua modul bengkel ialah Encik Mohd Shahril bin Yahya, Ketua Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan dan aset jabatan telah banyak membantu memberi pencerahan dan pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan aset alih kerajaan. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Norhaidi bin Yunus, Timbalan Pengarah Pembangunan I dalam majlis penutup pada 20 Februari 2014 jam 12.30 tengahari.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.