Program Khidmat Masyarakat SMK Seri Semantan

Mentakab, 28 Februari 2014 - Bertempat di Hutan Lipur Kemasul, Mentakab, Pejabat Ladang Hutan Kemasul telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan bagi menjayakan Program Khidmat Masyarakat SMK Seri Semantan bersama kakitangan jabatan. Seramai 185 orang pelajar Tingkatan 1 serta 17 orang guru dari sekolah tersebut telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar hutan lipur tersebut. Antara kawasan yang dibersihkan ialah tapak perkhemahan, kawasan hutan pelajaran, taman permainan dan gelanggang sukan Pejabat Ladang Hutan Kemasul.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.