Kursus Dendrologi Siri 1/2014 Anjuran PHD Temerloh

Temerloh, 21 Mac 2014 - Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh/Bera telah mengadakan Kursus Dendrologi Hutan Siri 1/2014 bertempat di Pejabat Pembangunan Hutan Batu 5, Mentakab bermula pada 19 Mac 2014 dan berakhir pada 21 Mac 2014. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai oleh 30 orang kakitangan dari kumpulan Pengawas Hutan Gred G11 dan Pembantu Awam Gred H11.

Penceramah yang dijemput bagi mengendalikan kursus ini ialah Renjer Hutan Hanad bin Abdullah dari PHD Kuantan/Pekan/Maran dan dibantu oleh Renjer Hutan Azni bin Manaf, Renjer Hutan Mohd Fadzil bin Mat Hussin, Renjer Hutan Abdullah bin Talib, Renjer Hutan Zaidi bin Osman yang kesemuanya dari PHD Temerloh/Bera.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.