Program 'Wake-Up Call Integrity'

Kuantan, 23 April 2014 - Satu program yang dinamakan sebagai Wake-Up Call Intergrity telah dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kepada lebih 300 orang kakitangannya dengan kerjasama Unit Integriti, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada kakitangan akan kepentingan nilai integriti dalam menjalankan tugas dan sebagai peringatan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Bertempat di Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, program yang bermula jam 9.00 pagi ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Yang Hormat Dato' Mohd Paiz bin Haji Kamaruzaman. Setelah itu, program diisi dengan tiga slot ceramah dengan ceramah pertama bertajuk Rezeki Yang Barakah disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala ceramah kedua disampaikan oleh Encik Khairul Anuar bin Johari, Pegawai Penguatkuasa dari Bahagian Pendidikan, SPRM Negeri Pahang dengan tajuk Rasuah Dalam Sektor Perhutanan. Seterusnya ceramah disambung pula oleh Encik Nurahim bin Haji Abdul Rahim, Ketua Unit Integriti, JPSM dengan tajuk Pemantapan Integriti Dalam Jabatan Perhutanan. Program tersebut berakhir pada jam 1.30 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.