Lawatan Kerja KPPSM Ke Tapak Projek Mereplikasi Pelaksanaan RFID

Kuantan, 8 Mei 2014 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato' Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim ke tapak Projek Mereplikasi Pelaksanaan Sistem Radio Frequency Identification (RFID) Dalam Aktiviti Pengurusan Hutan Di Negeri Pahang yang terletak di Kompartmen 29-A dan 28-B atas Hutan Simpan Lepar dalam daerah hutan Pekan.

Program yang diurusetiakan bersama antara Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan Unit Pengurusan Hutan JPNP ini telah telah disertai oleh Pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan Negeri yang lain serta pegawai-pegawai kanan JPNP. Pasukan dari Pejabat Hutan Daerah Kuantan telah membuat demonstrasi aktiviti penandaan dan penebangan pokok, penandaan tag RFID di matau sementara, semakan tual dan sehingga kepada pengeluaran pas pemindah di Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) Gambang menggunakan sistem komputer.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir di BPH Gambang pada jam 6.00 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.