Kursus Penggunaan Aplikasi GIS dan GPS

Kuantan, 21 Mei 2014 - Unit Teknologi Maklumat telah menganjurkan Kursus Penggunaan Aplikasi GIS dan GPS bagi tahun ini bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Para peserta seramai 25 orang yang terpilih dari semua unit dan pejabat telah mengikuti kursus ini bermula 19 hingaa 21 Mei 2014. Penceramah yang mengendalikan sesi ceramah dan latihan amali sepanjang kursus ini ialah Renjer Hutan Azni bin Abd Manaf dari PHD Temerloh/Bera, Renjer Hutan Mohd Suhaimin bin Mubin dari PHD Jerantut dan Renjer Hutan Yusree bin Bidin dari PHD Lipis. 

Pihak Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada kakitangan terutamanya dari kumpulan Pengawas Hutan untuk mengurus data perhutanan menggunakan aplikasi GIS. Peserta turut diberi latihan menggunakan alat GPS sebagai alat bantu kerja di lapangan. Kursus ini tamat pada jam 1.30 tengahari.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.