Program Penanaman Semula Hutan Simpan Chini

Bera, 18 Mei 2014 - Program Penanaman Pokok telah diadakan di Kompartmen 75, Hutan Simpan Chini, Bera  dan merupakan salah satu usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama antara Pejabat Ahi Parlimen Bera dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) untuk memelihara dan memulihara khazanah alam daripada terus diteroka dan dibangunkan. Program ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, tiga buah sekolah menengah di daerah Bera, anggota tentera dari Batalion ke-7, Kem Batu 5, Mentakab dan juga masyarakat setempat.

Program penanaman tersebut meliputi kawasan seluas lebih kurang 15 hektar yang melibatkan sebanyak 5,000 anak pokok hutan pelbagai spesies seperti Merawan Siput jantan (Hopea Odorata), Meranti Tembaga (Shorea Leprosula), Meranti Temak Nipis (Shorea Roxburghii), Keruing Belimbing (Dipterocarpus Grandiflorus), Keruing Gombang (Dipterocarpus Cornufus), Karas (Aquilaria Malaccensis) dan pokok buah-buahan Nadir iaitu Kepayang, Durian dan Bangkung. Program ini diharapkan dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat terutamanya penduduk tempatan dan masyarakat Orang Asli tentang peranan dan kepentingan hutan dalam kehidupan mereka seharian serta peranan masing-masing supaya aktiviti penerokaan dan pencerobohan Hutan Simpanan Kekal dapat dibendung sepenuhnya.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.