Kem Perhutanan Negeri Pahang 2014

Rompin, 29 Mei 2014 - Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kem Perhutanan Peringkat Negeri Pahang 2014 bertempat di Taman Negeri Endau-Rompin, Rompin. Kem perhutanan anjuran jabatan ini telah bermula pada 26 Mei 2014 dan diurusetiakan oleh Unit Hutan Lipur. Seramai 100 orang peserta telah menyertai kem ini yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah menengah dalam daerah Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Penganjuran kem ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkaitan ilmu perhutanan, fungsi dan kepentingan hutan, memupuk semangat cintakan alam sektiar dan semangat kerjasama berpasukan. Kem ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jabtaan Kesihatan Negeri  Pahang, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan polis dari Balai Polis berhampiran. Sepanjang kem tersebut, peserta menjalankan beberapa aktiviti melatih kemahiran perhutanan yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sendiri.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.