Operasi Musnah Tanaman Sawit Haram Di HSK Lepar

Lepar, 26 Ogos 2014 - Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran telah melaksanakan Operasi Musnah Tanaman Kelapa Sawit Haram yang terletak di Kompartmen 3, Hutan Simpanan Kekal (HSK) Lepar. Selain kakitangan PHD Kuantan/Pekan/Maran, kakitangan Unit Penguatkuasaan Zon Pahang Timur serta Unit Silvikultur turut menjayakan operasi tersebut. Operasi yang diketuai oleh Encik Mohd Khairul Anuar bin Rahim selaku Pegawai Hutan Daerah turut disertai oleh pasukan polis dari Balai Polis Gambang, Penghulu Mukim Lepar, ahli JKKK Paya Bungor serta penduduk tempatan. Seramai lebih kurang 60 orang petugas telah menyertai operasi ini termasuk pasukan beruniform.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 210 batang pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram seluas 1.76 hektar tersebut telah berjaya dimusnahkan. Kawasan operasi tersebut akan dipulihkan dengan projek tanaman semula spesies pokok hutan Meranti, Keruing dan Cengal. Operasi tersebut berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.