Seminar ICT dan GIS Tahun 2014

Kuantan, 23 September 2014 - Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, telah berlangsungnya Seminar ICT dan GIS Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tahun 2014 anjuran Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Seminar yang dihadiri oleh 100 orang kakitangan berpakaian seragam jabatan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd. Paiz bin Kamaruzamanpada jam 9.30 pagi.

Seminar yang julung kalinya diadakan di jabatan ini dilihat telah berjaya mencapai sasaran objektifnya apabila mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para peserta. Sebanyak tiga sesi ceramah telah disampaikan oleh tiga orang penceramah jemputan dari pelbagai agensi. Penceramah pertama adalah Puan Haznita binti Mohamad Lazim dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan penguatkuasaan undang-undang dalam penggunaan media baru serta etika penggunaan media sosial yang baik. Manakala sesi kedua telah disampaikan oleh Encik Shaiffulnizam bin Mohamad, Guru SMK Padang Garuda. Beliau telah mengendalikan slot "Klinik IT" tersebut dengan memberi peluang kepada peserta mengemukakan sebarang soalan berkaitan penggunaan peralatan dan aplikasi ICT. Turut disampaikan ialah tips-tips membeli peralatan ICT mengikut keperluan sebenar pengguna. Untuk sesi ketiga, penganjur telah menjemput Encik Azni bin Abd Manaf, Renjer Hutan Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera untuk menyampaikan perkongsian pengalaman beliau dalam mengendali dan menggunakan peralatan GPS dalam operasi hutan. Peserta diberi kesedaran akan kepentingan penggunaan GPS dalam melaksanakan kerja seharian terutamanya dalam operasi hutan.

Selain sesi ceramah, seminar ini turut membawa kelainan apabila menjemput empat agensi/syarikat untuk mengambil bahagian dalam acara pameran sepanjang seminar ini berlangsung. Empat syarikat tersebut ialah Telekom Malaysia (TMPoint), syarikat RS Ultimate Pristine yang mempromosi perkhidmatan rangkaian telekomunikasi Altel, syarikat Ibrahim Tradeform Sdn. Bhd yang mempromosi peralatan GPS dan perhutanan serta syarikat Bumblebee Technology Solutions yang mempromosi peralatan ICT. Seminar tersebut telah berkahir jam 5.00 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.