Latihan Kemahiran Menembak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Kuantan, 4 Disember 2014 - Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Latihan Kemahiran Menembak bagi pegawai-pegawai kanan dan anggota badan beruniform jabatan bertempat di Lapang Sasar Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan. Program ini telah mendapat kerjasama penuh dari pihak PGA yang memberi taklimat berkaitan penggunaan serta disiplin mengendali senjata api yang diketuai oleh Tuan ASP Amin bin Sidek. Setiap peserta juga telah membaca ikrar penggunaan lapang sasar yang dipimpin oleh Kopral Mohd Nordin bin Ahmad.

Seramai lebih kurang 80 orang peserta telah mengambil bahagaian dalam latihan tersebut. Hasil sasaran setiap peserta juga dipertandingkan dan pasukan dari Pejabat Perhutanan negeri Pahang muncul sebagai johan acara berkumpulan manakala Encik Mohd. Khairul bin Abdullah, Pegawai Hutan Daerah Bentong muncul sebagai johan acara individu. Johan bagi acara individu wanita pula telah diraih oleh Cik Azqan Dalila binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Ladang Hutan, Kemasul.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.