Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Kedua

Cameron Highlands, 7 Mac 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berkerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menganjurkan Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Ke 2 bertempat di Kompartmen 5, Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands. Sebanyak 3000 pokok telah ditanam yang terdiri daripada spesies Podo Kebal Musang, Tecoma, Rhu Bukit dan Meranti Bukit.

Program Penghijauan ini telah disertai hampir 800 peserta yang terdiri daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH), Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS), Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) dan Kumpulan Aktivitis Sahabat Alam (KUASA) serta agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Majlis perasmian program ini telah diadakan pada 8 Mac 2015 dan disempurnakan oleh Dato’ Sri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau turut bersama-sama hadirin menanam pokok di kawasan tersebut.

Selain itu, sepanjang dua hari program ini berlangsung, telah diadakan juga demonstrasi penggunaan Drone bagi pemantauan kawasan Ceroboh oleh TM Malaysia, demonstrasi penyemburan rumput dengan kaedah hydro mulching pada cerun dan demonstrasi penanaman rumput vertiver di kawasan lereng bukit oleh Jabatan Pertanian.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.