Program "Go Green With SASET"

Tasek Bera, 5 April 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berkerjasama dengan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) bagi menjayakan Program Go Green With SASET yang bertempat di Sungai Air Kuning, Tapak RAMSAR, Tasek Bera, Pahang. Seramai 250 orang peserta telah menyertai program tersebut dan telah berjaya menanam lebih kurang 2,500 anak pokok dari spesies Meranti Rambai Daun, Meranti Tebaga, Kapur dan Balau.

Program yang dijalankan selama tiga hari ini iaitu dari 3 hingga 5 April 2015 telah mendapat penyertaan dari kakitangan JPN Pahang sendiri, Unit Pengurusan Tapak Ramsar, pasukan IM4U, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pasukan Pengakap dari Daerah Bera, Pekan dan Maran serta beberapa badan NGO.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.