Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Meraikan Persara 2015 JPN Pahang

Kuantan, 30 April 2015 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Penghargaan Kepada Pesara Tahun 2015 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2015 bertempat di Dewan Utama, Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim.

Seramai 107 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan majlis turut meraikan 50 orang pesara serta 9 orang kakitangan yang telah mencapai 30 tahun perkhidmatan. Seperti tahun sebelumnya, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah menghargai usaha dan prestasi kakitangannya dengan menganugerahkan Sijil Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik kepada Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera atas prestasi cemerlang PTJ tersebut sepanjang tahun 2014. Majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan majlis bersurai jam 1.00 tengahari.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.