Kursus Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran Hutan Siri 1/2015

Mentakab, 21 Mei 2015 - Pejabat Ladang Hutan Kemasul telah menganjurkan Kursus Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran Hutan Siri 1/2015 bertempat di Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Mentakab. Kursus yang bermula pada 19 Mei 2015 dan berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 59orang peserta yang terdiri daripada kakitangan enam Pejabat Hutan Daerah dan kakitangan Pejabat Ladang Hutan Kemasul sendiri.

Penganjur telah menjemput seorang penceramah dan empat (4) orang fasilitator dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Mentakab bagi menjayakan kursus ini. Aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini ialah sesi ceramah oleh Encik Baharum bin Md. Nor dan latihan praktikal memadam kebakaran. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Zahariah Zainal Abidin, Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa (Zon Pahang Timur) selaku wakil kepada Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.