Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Pahang

Kuantan, 31 Ogos 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Padang MPK 1, Kemunting, Kuantan. Seramai 50 orang anggota jabatan telah menyertai perbarisan ini yang diketuai oleh Renjer Hanad bin Abdullah.

Latihan kawad dan perbarisan telah dimulakan sejak awal Ogos 2015 dan telah dilatih oleh Koperal Muhamad Atal Rizal bin Othman dari pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Sg. Miang, Pekan. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, pasukan telahpun menunjukkan persembahan terbaik dengan komitmen yang sangat padu.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.