Kursus Pengurusan Pokok Bahaya Di Hutan Lipur

Temerloh, 3 September 2015 - Kursus Pengurusan Pokok Bahaya di Hutan Lipur bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya dijalankan pada 1 hingga 3 September 2015 bertempat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh. Kursus anjuran Pusat Latihan Perhutanan Pahang ini telah dihadiri oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan beruniform iaitu Pengawas Hutan dan Pembantu Awam.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada kakitangan jabatan khususnya yang terlibat secara langsung dengan pengurusan hutan lipur di negeri Pahang. Kursus ini menekankan kepentingan penilaian serta pengurusan pokok berbahaya di hutan lipur sebagai langkah penjagaan keselamatan petugas dan pengunjung khasnya. Selama tiga (3) berkursus, peserta didedahkan secara teori dan amali oleh penceramah jemputan dari Bahagian Forest Eco-Park dan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu Encik Razis bin Othman, Encik Muhammad Firdaus bin Khadlan dan Encik Zulkifli Asmawi bin Mohamed Ameri.

Dengan terlaksananya kursus ini, kakitangan jabatan diharapkan telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus pokok berbahaya di hutan lipur supaya dapat menjamin keselamatan pengunjung ketika menjalankan aktiviti di hutan lipur di samping meningkatkan lagi mutu pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.