Kursus Pengenalan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF)

Bentong, 15 September 2015 - Kursus Pengenalan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi/High Conservation Value Forest (HCVF) bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya dijalankan pada 14 hingga 15 September 2015 bertempat di Pejabat Pembangunan Hutan Lentang, Bentong. Kursus anjuran Pusat Latihan Perhutanan Pahang ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan beruniform jabatan.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan pengurusan dan penubuhan petak HCVF yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mendedahkan peserta kepada konsep pengurusan kawasan HCVF dan amali di lapangan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Samsu Anuar bin Nawi, Penolong Pengarah Kanan, Penilaian Maklumat Sumber Hutan, JPSM.

Dengan terlaksananya kursus ini, kakitangan jabatan mampu mengurus kawasan HCVF dan seterusnya dapat mempraktikkan amalan pengurusan terbaik bagi memelihara kawasan hutan di negeri Pahang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.