Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 dan Penghargaan Kepada Persara 2013 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Kuantan, 27 Disember 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan Penghargaan Kepada Pesara 2013 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertempat di Hotel M.S. Garden Kuantan. Majlis bermula dengan sesi pendaftaran jemputan jam 8.00 malam dan seterusnya ketibaan dif-dif jemputan. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Haji Abd. Rahman bin Haji Abd. Rahim telah sudi memenuhi jemputan jabatan ke majlis ini dan seterusnya merasmikan majlis di penghujung ucapannya.

Pada majlis tersebut, seramai 107 orang telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012, 25 orang menerima Sijil Penghargaan Kepada Pesara 2013 dan 77 orang menerima Sijil Penghargaan 30 Tahun Perkhidmatan. Turut memeriahkan majlis ialah sesi penyampaian Sijil Anugerah Khas Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang diperoleh tiga unit/PTJ terpilih iaitu Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh, Unit Teknologi Maklumat dan Pejabat Pembangunan Hutan (Silvikultur Timur II). Manakala Sijil Penghargaan Khas Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dianugerahkan kepada Encik Mohd Nasir bin Mohd, Penolong Pegawai Siasatan Kanan atas jasanya yang telah menerbitkan buku berjudul Dipterokarpa. JPNP juga turut tidak melupakan tanggungjawab menjaga kebajikan kakitangannya dengan menyampaikan sumbangan kepada 172 orang kakitangan yang terlibat dengan banjir pada awal Disember lalu yang melibatkan daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Jerantut. Majlis telah berkahir pada jam 11.00 malam setelah selesai sesi bergambar kenangan bersama KPPSM.

Ops Udara JPN Pahang

 

Kuantan, 23 Disember 2013 - Aktiviti pemantauan dari udara oleh Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) terus dilakukan dalam usaha memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang tidak terus berlaku di negeri ini. Operasi yang bermula pada 23 Disember dan berakhir pada 24 Disember 2013 itu diketuai oleh oleh Pegawai Penguatkuasa Zon Pahang Barat, Encik Razali Abdu Raman, dan turut disertai oleh Pegawai Hutan Daerah Lipis, Encik A. Rahim bin Omar, Pegawai Hutan Daerah Jerantut, Encik Norddin bin Noor dan Pegawai Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Encik Mohd. Khairul Anuar bin Rahim.

Hari pertama operasi yang mengambil masa kira-kira lima jam lebih tertumpu di kawasan Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong termasuk sempadan Perak dan Kelantan. Manakala hari kedua operasi pula dilakukan di kawasan Kuantan, Rompin, Temerloh dan Maran seterusnya di sepanjang sempadan Pahang dan Terengganu. Selain memantau aktiviti pencerobohan hutan, operasi yang turut disertai oleh Penolong Pegawai Hutan Darah serta Renjer Penguatkuasa turut meninjau kegiatan perlombongan. Menurut ketua operasi, dilaporkan tiada sebarang aktiviti pencerobohan hutan dan kegiatan perlombongan tanpa lesen ditemui.

Secara keseluruhannya, operasi ini dianggap berjaya mencapai matlamatnya kerana memberi peluang kepada pegawai yang terbabit memantau sendiri kawasan hutan di bawah seliaan daerah masing-masing. Operasi seumpama ini akan diadakan setiap tahun dalam usaha memastikan kawasan hutan di negeri ini tidak mudah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

Perhimpunan Bulanan Jabatan

Bukit Sekilau, 30 Ogos 2013 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah diadakan di Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau jam 8.30 pagi. Perhimpunan dihadiri oleh kira-kira 500 orang kakitangan seluruh jabatan termasuk Pejabat-pejabat Hutan Daerah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Haji Azmi bin Ahmad dari Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran dan diteruskan dengan penyampaian perutusan dan amanat oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato' Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman. Dalam ucapannya, beliau telah mengumumkan aktiviti dan pencapaian jabatan sepanjang 2012 hingga sekarang antaranya Audit MC&I, Audit Dalam dan juga Audit Luar MS ISO 9001:2008. Turut mengisi majlis ialah sesi penyerahan Balai Pemeriksaan Hutan Bergerak kepada Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran. Sebelum perhimpunan bersurai, YH. Dato' Pengarah mengambil kesempatan melawat Balai Pemeriksaan Hutan Bergerak yang akan mula beroperasi selepas ini diiringi oleh Timbalan-timbalan Pengarah.

Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Bersesuaian di Persisiran Pantai Tahun 2013

Kuala Rompin, 12 Disember 2013 - Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Bersesuaian di Persisiran Pantai Tahun 2013 telah diadakan di persisiran Pantai Hiburan, Kuala Rompin anjuran Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rompin, YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha. Pendaftaran jemputan bermula jam 7.30 pagi dan diteruskan dengan acara perasmian serta penanaman pokok. Seramai 250 orang peserta telah hadir pada program itu dan sebanyak 160 anak pokok telah berjaya ditanam.

Jemputan peserta program adalah terdiri daripada 10 orang wakil bagi setiap jabatan dan wakil-wakil JKKK di daerah Rompin. Program telah berkahir dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.00 tengahari.

Program Penanaman Semula Tapak Ramsar, Tasek Bera

Tasek Bera, 31 Oktober 2013 - Program Penanaman Semula Tapak Ramsar Tasek Bera telah diadakan di Tasek Bera dan dianjurkan secara bersama antara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA). Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PEKA, YBhg. Puan Sri Sri Shariffa Sabrina dan TImbalan Pengarah (Pembangunan I), Encik Norhaidi bin Yunus.

Sebanyak 5,000 anak pokok telah berjaya ditanam pada hari tersebut dengan penglibatan dari pelbagai pihak iaitu pegawai dan anggota dari Rejimen Ke-7 Arteleri Diraja Kem Batu 3 Temerloh, JPNP, kakitangan RAMSAR, pelajar Sekolah Menengah Sri Cempaka Kuala Lumpur dan penduduk Orang Asli tempatan. Program telah berkahir jam 1.30 tengahari.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 17 September 2019.
Hari Ini 129
Semalam 289
Minggu Ini 595
Bulan Ini 3254
Jumlah Pelawat 64427

Test

sasasasasasasasa