Projek Tanaman Pokok Herba di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar

Pada 29 September 2012 (Sabtu), kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kuantan/ Pekan/ Maran telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar bagi membantu dan menjayakan Program Tanaman Herba sempena Projek Udara Bersih, Bumi Sihat pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut. Seramai 31 orang pelajar telah menanam pelbagai spesies pokok herba seperti pokok Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Gandarusa, Mas Chotek, Hempedu Bumi dan Meroyan Kabut. Setiap pelajar menanam satu pokok herba dan bertanggungjawab dari segi penjagaan dan pertumbuhan pokok yang ditanam. Pelajar akan melabel setiap pokok dan menjadikan konsep taman ilmu. Pemantauan susulan dari jabatan akan dibuat untuk memastikan pokok-pokok herba tersebut dijaga dan tidak berlaku pembaziran.

Program Tanam Pokok di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota 2

Baru-baru ini telah diadakan program tanam pokok di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota 2. Program yang dijalankan pada 18 Februari 2012 lepas merupakan langkah jabatan dalam memberi kefahaman kepada generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan memelihara sumber alam. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman turut meluangkan masa untuk turun padang bersama guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota 2 bagi memeriahkan lagi program ini. Sebanyak lebih 100 anak pokok berjaya ditanam pada hari tersebut.

Program Kempen Kesedaran Tanam Pokok Bakau di INOCEM


Cherok Paloh, 18 Disember 2012 - Program Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai Hijrah, Cherok Paloh, Kuantan telah diadakan di Institut Oseanografi dan Maritim (INOCEM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan ekosistem hutan persisiran pantai, memberi pendedahan secara praktikal kepada masyarakat berhubung aspek pembelajaran pemuliharaan hutan persisiran pantai dan menggalakkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti penanaman pokok. Dimulakan dengan aktiviti membersihkan persisiran pantai, acara diteruskan dengan majlis perasmian dan program menanam pokok. Lebih 500 anak pokok Rhu pantai (Casuarina equisetilofa) berjaya ditanam oleh peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, kakitangan dan pelajar UIAM serta penduduk Kampung Cherok Paloh dan sekitar Mukim Penor. Dua slot ceramah telah disampaikan oleh wakil UIAM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada peserta sebelum program berakhir jam 2.00 petang.

Program Tanam Pokok Bakau KETEMA

Baru-baru ini, seramai 90 orang ahli Kelab Teknologi Makanan (KETEMA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan telah mengikuti program menanam pokok bakau di pesisir muara Sungai Cherating, Kuantan. Program yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Hutan Daerah Kuantan/ Pekan/ Maran ini dilihat sebagai langkah positif dalam memberi kesedaran kepada peserta terhadap kepentingan pokok bakau sebagai medium pengawal hakisan. Melalui program ini yang bertemakan “Bersatu Padu Mengekalkan Kehijauan Alam Sekitar”, lebih 2,000 pokok bakau berjaya ditanam.

Perlawanan Boling Persahabatan Bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Pada 16 Mac 2012 yang lepas, satu perlawanan boling persahabatan telah diadakan antara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang. Acara perlawanan yang berlangsung di Premium Lane Bowling, Kuantan Plaza, Kuantan turut dimeriahkan dengan kedatangan Pengarah JPNP, YH. Dato' Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman dan Pengarah PTG, YH. Dato’ Azizan bin Ahmad. Juara bagi perlawanan boling kali ini dimenangi oleh Encik Mohd Syukri bin Mohd Alip (Kategori VIP), Puan Rosnah binti Yahaya (Kategori Terbuka Wanita) dan Encik Mohd Rafee (Kategori Terbuka Lelaki).

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 08 Ogos 2019.
Hari Ini 38
Semalam 100
Minggu Ini 1236
Bulan Ini 2782
Jumlah Pelawat 58736

Test

sasasasasasasasa