Kuantan, 17 Disember 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Penghargaan Kepada Pesara 2012, Penghargaan 30 Tahun Perkhidmatan dan Anugerah Khas Pengarah Bagi Tahun 2012 di Vistana Hotel, Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Hj. Mohd Paiz bin Kamaruzaman, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Seramai 110, 29, 25 dan seorang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, Penghargaan Kepada Pesara 2012, Penghargaan 30 Tahun Perkhidmatan dan Anugerah Khas Pengarah Bagi Tahun 2012 pada malam tersebut.