Lawatan Ke Herbarium Universiti Malaya Dan Universiti Putra Malaysia

Pada 5 dan 6 Mac 2012, Bahagian Pembagunan II telah mengadakan lawatan ke Herbarium Rimba Ilmu, Universiti Malaya dan Herbarium Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada kakitangan kaedah pemeliharaan dan pengurusan koleksi spesimen yang betul dan terkini. Seramai 18 orang terdiri daripada Puan Norulhuda Binti Ali, Penolong Pengarah (Silvikultur Tengah) dan 17 orang kakitangan daripada Unit Silvikultur Pahang Tengah, Unit Silvikultur Pahang Barat dan Pusat Perolehan Biji Benih, Lentang telah menyertai lawatan ini.

Latihan Kemahiran Menembak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Bertempat di Lapang Sasar Bukit Rangin, Kuantan telah diadakan Program Latihan Kemahiran Menembak di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Program yang dianjurkan pada 24 Mei 2012 dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II), Tuan Haji Abdul Khalim bin Abu Samah selaku wakil Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) Pahang. Dalam amanat YH. Dato’ PPN Pahang yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Khalim, beliau menekan kepentingan penggunaan senjata dalam operasi penguatkuasaan hutan dan sebagai alat keselamatan bagi melindungi diri dari serangan binatang buas ketika melakukan kerja-kerja di lapangan. Oleh yang demikian, YH. Dato’ berharap jumlah kakitangan yang dapat menguasai kemahiran menembak akan bertambah melalui penganjuran program ini. Antara acara yang diadakan sepanjang program ini berlangsung ialah Pertandingan Menembak Kategori Individu dan Secara Berkumpulan. Penembak terbaik Kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Encik Mohd Nasir, Penolong Pegawai (Siasatan) manakala Kategori Wanita pula ialah Puan Hajah Wan Zaiton bin Wan Ishak, Ketua Pembantu Tadbir (Perkhidmatan). Juara bagi Kategori Berkumpulan pula diungguli oleh Unit Penguatkuasaan (Zon Timur).

Kursus Lanjutan Kontraktor Pre F dan Penandaan Pokok

Bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing telah diadakan kursus lanjutan kepada kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kerja Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penandaan Pokok. Kursus yang diadakan selama 3 hari tersebut bermula pada 5 Mac 2012 dan berakhir pada 7 Mac 2012 telah disertai seramai 32 orang. Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada Kontraktor Pembangunan Hutan mengenai pelaksanaan kerja-kerja mengikut kehendak yang telah ditetapkan dalam Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia [MC&1 (2002)].

Kursus Mensurasi Hutan

Pada 29 Januari 2012 hingga 2 Februari 2012 telah diadakan Kursus Mensurasi Siri 1/2012 di Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing. Kursus yang disertai seramai 63 orang Pembantu Awam dan Pekerja Awam Khas adalah untuk memberi pendedahan cara-cara penggunaan alat-alat mensurasi hutan serta pengetahuan asas semasa bertugas di lapangan khasnya dalam kerja-kerja operasi dan pembangunan hutan. Antara tenaga pengajar kursus ini ialah Encik Mohd Najib Shauqi bin Mohd Sahar @ Ishak, Encik Hanad bin Abdullah dan Encik Suhaimi bin Mubin. Majlis penutup kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan 1), Encik Norhaidi bin Yunus.

Kursus Industri Berasaskan Kayu

Bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing telah diadakan Kursus Industri Kayu (IBK), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Kursus yang diadakan selama 2 hari tersebut bermula pada 4 Oktober 2012 dan berakhir pada 5 Oktober 2012 telah disertai seramai 43 orang. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang kerja-kerja pengurusan dan operasi IBK mengikut Akta Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan-Perundangan Negeri 1984 (Akta 314)), Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK) dan Kaedah-kaedah Industri Berasas Kayu (KKIBK). Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zainal Abidin bin Atan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Encik Razali bin Abdu Rahman daripada Unit Penguatkuasa, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Lebih banyak artikel..

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 24 Februari 2020.
Hari Ini 99
Semalam 474
Minggu Ini 1137
Bulan Ini 6663
Jumlah Pelawat 91910

Test

sasasasasasasasa