Penyerahan Permit Penggunaan Dalam Hutan Simpanan Kekal Di Cameron Highlands

Majlis Penyerahan Permit Penggunaan Dalam Hutan Simpanan Kekal telah diadakan pada 12 Disember 2018 dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Seramai 51 orang pekebun telah diberikan Permit Penggunaan dalam majlis ini.

1. Keluasan kawasan penerokaan haram dalam Hutan Simpanan Kekal di Cameron Highlands mengikut imej yang dikeluarkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia adalah seluas 1,314.70 ekar. Sebanyak 1,130.34 ekar telah diambil tindakan penguatkuasaan semasa Op Gading manakala baki yang belum diambil tindakan adalah sebanyak 184.36 ekar. Berdasarkan semakan terhadap kawasan penerokaan tersebut, majoriti daripada peneroka terdiri daripada kaum Cina, India dan Orang Asli.

2. Sehubungan dengan itu, sebanyak 573 ekar kebun yang meliputi kawasan seluas 184.36 ekar kawasan yang belum dioperasi dan 388.64 ekar kawasan bekas Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam Tanah Kerajaan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal telah diangkat untuk pemutihan. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (High Level Committee) Pemulihan Cameron Highlands bil. 2/2017 telah menyokong syor untuk memberikan permit penggunaan dalam Hutan Simpanan Kekal kepada pekebun yang telah lama mengusahakan tanah tersebut dan pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju memberi pertimbangan terhadap kebun-kebun yang telah diusahakan lebih 10 tahun dan mempunyai keluasan 5 ekar ke bawah serta kebun yang dahulunya berstatus Tanah Kerajaan serta mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan kini telah bertukar status menjadi Hutan Simpanan Kekal. Bagi fasa pertama, sebanyak 51 Permit Penggunaan dengan keluasan 149 ekar telah diberi kelulusan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dengan dianggotai pelbagai agensi teknikal bagi memastikan hanya permohonan yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan sahaja diberi pertimbangan.

3. Selain daripada itu, Jabatan Perhutanan juga telah melaksanakan projek penanaman semula pokok di kawasan yang telah dioperasi semasa Op Gading. Pada tahun 2017, sebanyak 150 ha atau lebih kurang 370 ekar telah dipulihkan melalui program Restorasi Kawasan Terosot di Cameron Highlands. Perancangan untuk tahun 2019, sebanyak 200 ha atau lebih kurang 494 ekar kawasan akan ditanam semula melalui projek tersebut.

Pihak Jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan daripada orang awam berlaitan perkara ini.

Cadangan Penubuhan HCVF

High Conservation Value Forest (HCVF) ditakrifkan sebagai suatu kawasan hutan yang mempunyai nilai ekonomi, nilai persekitaran dan sosial, serta kawasan hutan yang dianggap luar biasa atau sangat tinggi tahap kepentingan nilainya dan dikategorikan sebagai kawasan hutan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK).

Orang awam dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan kawasan yang mempunyai nilai-nilai seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan boleh dimajukan kepada:

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan)
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang

Sila gunakan borang yang boleh dimuat turun di bawah.

BORANG CADANGAN PENUBUHAN HCVF

 

 

Pinda Lesen Pembalakan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memutuskan untuk meminda pindaan pelan kelulusan lesen pembalakan di kawasan tadahan air penduduk di Bukit Segantang, Sungai Lembing, dekat Jerantut.
Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, tindakan berkenaan dilakukan bagi memastikan sumber air dapat terus kekal selain menjamin kebersihan dan bebas daripada keladak tanah terutama setiap kali hujan.
Beliau berkata, pihaknya bertindak demikian selepas memikirkan kepentingan masyarakat setempat yang menjadikan air daripada kawasan tadahan terbabit sebagai sumber untuk aktiviti harian mereka. Katanya, kawasan berkenaan berstatus tanah kerajaan bukan hutan simpan atau hutan dara seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini hingga menimbulkan salah faham pelbagai pihak.
"Selepas mengadakan perbincangan dengan pembalakan Syarikat Sintamas Timber yang diberi kelulusan melakukan pembalakan, kita memutuskan dengan mengubah kedudukan pelan supaya tidak termasuk dalam kawasan tadahan air itu. 
"Ia sekali gus diharap kawasan tadahan berkenaan yang dikatakan digunakan sejak lebih 50 tahun lalu bebas daripada berlakunya pencemaran hingga menjejaskan sumber air penduduk setempat." katanya hari ini.
Beliau juga berkata , Timbalan Pengarah Operasi jabatan itu, Dato' Mohd Basri Abdul Manaf dan Pegawai Pejabat Hutan Kuantan, Pekan dan Maran, Ismail Ali Kamarudeen bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia 
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)Pahang, wakil penduduk dan syarikat pembalakan melawat kawasan terbabit.
Mohd Hizamri berkata, hasil lawatan dan perbincangan dengan wakil penduduk dan syarikat pembalakan keputusan meminda pelan di kawasan tadahan air diputuskan tanpa masalah.
Katanya, jabatan menetapkan zon penampan di sepanjang Sungai Kuala Kenau dan melarang  syarikat pembalakan melakukan aktiviti menebang pokok di kawasan terbabit bagi mengelak berlakunya pencemaran dan hakisan.
“Saya menasihatkan kepada wakil penduduk supaya segera membuat permohonan untuk mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan sumber air bagi memastikan tidak berlaku pembangunan pada masa akan datang.
“Bagi pihak jabatan, kita akan membuat cadangan kepada jawatankuasa peringkat daerah untuk mewartakan aliran sungai dan kolam terbabit sebagai tadahan air bagi memastikan kawasan berkenaan kekal dan tidak diganggu pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum ini, penduduk mendakwa mereka terpaksa menggunakan air keruh dan berkeladak untuk kegunaan seharian termasuk menyediakan hidangan berbuka puasa dan bersahur selepas aktiviti pembalakan berlaku di kawasan hutan Bukit Segantang.
Lebih 100 penduduk di Kampung Kuala Kenau kesal apabila selepas sumber air mereka tercemar sejak beberapa minggu lalu dipercayai berpunca dari aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran.
Mereka bergantung kepada sumber air dari kawasan tadahan air Bukit Segantang kira-kira dua kilometer dari kampung berkenaan memandangkan tidak semua rumah mempunyai bekalan air bersih dari Pengurusan Air Pahang (PAIP).

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 22 Februari 2019.
Hari Ini 61
Semalam 201
Minggu Ini 1240
Bulan Ini 3698
Jumlah Pelawat 28513

Test

sasasasasasasasa