Majlis Penyerahan Permit Penggunaan Dalam Hutan Simpanan Kekal telah diadakan pada 12 Disember 2018 dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Seramai 51 orang pekebun telah diberikan Permit Penggunaan dalam majlis ini.

1. Keluasan kawasan penerokaan haram dalam Hutan Simpanan Kekal di Cameron Highlands mengikut imej yang dikeluarkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia adalah seluas 1,314.70 ekar. Sebanyak 1,130.34 ekar telah diambil tindakan penguatkuasaan semasa Op Gading manakala baki yang belum diambil tindakan adalah sebanyak 184.36 ekar. Berdasarkan semakan terhadap kawasan penerokaan tersebut, majoriti daripada peneroka terdiri daripada kaum Cina, India dan Orang Asli.

2. Sehubungan dengan itu, sebanyak 573 ekar kebun yang meliputi kawasan seluas 184.36 ekar kawasan yang belum dioperasi dan 388.64 ekar kawasan bekas Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam Tanah Kerajaan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal telah diangkat untuk pemutihan. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (High Level Committee) Pemulihan Cameron Highlands bil. 2/2017 telah menyokong syor untuk memberikan permit penggunaan dalam Hutan Simpanan Kekal kepada pekebun yang telah lama mengusahakan tanah tersebut dan pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju memberi pertimbangan terhadap kebun-kebun yang telah diusahakan lebih 10 tahun dan mempunyai keluasan 5 ekar ke bawah serta kebun yang dahulunya berstatus Tanah Kerajaan serta mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan kini telah bertukar status menjadi Hutan Simpanan Kekal. Bagi fasa pertama, sebanyak 51 Permit Penggunaan dengan keluasan 149 ekar telah diberi kelulusan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dengan dianggotai pelbagai agensi teknikal bagi memastikan hanya permohonan yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan sahaja diberi pertimbangan.

3. Selain daripada itu, Jabatan Perhutanan juga telah melaksanakan projek penanaman semula pokok di kawasan yang telah dioperasi semasa Op Gading. Pada tahun 2017, sebanyak 150 ha atau lebih kurang 370 ekar telah dipulihkan melalui program Restorasi Kawasan Terosot di Cameron Highlands. Perancangan untuk tahun 2019, sebanyak 200 ha atau lebih kurang 494 ekar kawasan akan ditanam semula melalui projek tersebut.

Pihak Jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan daripada orang awam berlaitan perkara ini.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 11 November 2019.
Hari Ini 112
Semalam 206
Minggu Ini 318
Bulan Ini 3814
Jumlah Pelawat 75814

Test

sasasasasasasasa