Majlis Khatam Al-Quran

Bagi memberkati penamatan bacaan 30 juzuk Program Tadarus Al-Quran yang bermula 1 hingga 12 Ogos 2011 yang lalu, satu Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perhutanan Negeri Pahang (PHN) telah diadakan. Majlis yang berlangusng pada 19 Ogos 2011 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Tingkat 13, Kompleks Tun Razak dimulakan dengan ceramah ringkas berkaitan fadilat Al-Quran oleh Encik Zulkifli bin Yaakub. Beliau seterusnya memimpin bacaan surah-surah oleh 22 orang kakitangan PHN dan doa khatam Al-Quran. Majlis yang dianjurkan oleh PUSPANITA PHN dan Biro Wanita PEKSJAP ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman dan isteri beliau selaku Pengerusi PUSPANITA PHN, Datin Asmas binti Salleh.

Majlis Bacaan Ikrar 2011

Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagaimana amalan setiap tahun, pada tahun ini majlis bacaan ikrar diadakan di Pekarangan Pejabat Hutan Daerah Kuantan. Majlis yang berlangsung 11 Januari 2011 bermula seawal jam 8.00 pagi mengumpulkan semua kakitangan Pejabat Hutan Negeri, Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Pejabat Pembangunan Bukit Sekilau dan sebahagian daripada kakitangan Pejabat Hutan Daerah yang lain. Dalam teks ucapan majlis, YH. Dato’ Pengarah Perhutanan Negeri mengucapkan terima kasih atas usaha semua dan berharap agar kakitangan dapat menjaga maruah dan integriti jabatan. Bacaan ikrar diketuai oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi). Pada majlis ini, turut diselitkan sesi penyerahan Deklarasi Cherating oleh YH. Dato Pengarah Perhutanan Negeri kepada semua Pejabat Hutan Daerah.

Lawatan Sambil Belajar Biro Wanita PEKSJAP ke TV9

Biro Wanita Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke TV9 pada 30 April 2011 (Sabtu). Lawatan tersebut adalah bagi menjayakan rancangan bual bicara pagi stesen TV9, Nasi Lemak Kopi O. Seramai hampir 30 orang ahli wanita PEKSJAP telah menyertai acara permainanan tradisional yang telah disediakan oleh pihak produksi rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Lawatan Sambil Belajar PEKSJAP Temerloh/Bera ke Negeri Perlis

Pada tanggal 25 hingga 27 November 2011 Persatuan Kebajikan dan Sukan Negeri Pahang (PEKSJAP), Daerah Temerloh/Bera telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perlis. Rombongan dua buah bas ini disertai seramai 70 orang kakitangan daerah Temerloh/Bera bersama ahli keluarga masing-masing. Ahli rombongan dibawa melawat ke Taman Rimba Herba dan Hutan Lipur Bukit Ayer. Antara aktiviti yang dilakukan ialah rawatan rendaman kaki minyak herba, mencuba minuman teh misai kucing, taklimat penerangan spesies herba dan majlis barbeque. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang telah sudi menerima lawatan daripada PEKSJAP Cawangan Temerloh/Bera.

Latihan Asas Pemahaman, Pengendalian dan Pemanduan Menggunakan Kenderaan 4x4

Pada 27 hingga 29 September 2011 telah diadakan Latihan Asas Pemahaman, Pengendalian dan Pemanduan Menggunakan Kenderaan 4x4. Kursus anjuran Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing ini diadakan khas terutama bagi pemandu-pemandu Jabatan agar lebih mahir dengan selok-belok penggunaan kenderaan 4x4. Majlis penutup kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), YH. Dato’ Khairi bin Mohd. Nasib.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 14 Jun 2019.
Hari Ini 132
Semalam 206
Minggu Ini 543
Bulan Ini 2387
Jumlah Pelawat 49081

Test

sasasasasasasasa