Kursus Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA)

Pada 13 hingga 15 September 2011 telah diadakan Kursus PERASA bertempat di Cherengin Hill Convention and Spa Resort di Bentong, Pahang. Kursus ini dijayakan oleh 100 peserta terdiri daripada seluruh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Manakala ceramah selama 3 hari tersebut disampaikan oleh YM. Raja Ismail bin Raja Shadan. Upacara penutup kursus ini dirasmikan oleh wakil Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Encik Norhaidi bin Yunus, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan I).

Kursus Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS) Siri 2/2011 Zon Timur

Bertempat di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands telah berlangsung Kursus Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kursus selama 3 hari yang bermula dari 13 hingga 15 September 2011 itu memberi pendedahan kepada pegawai kanan, renjer dan pengawas hutan mengenai aplikasi sistem ini dalam proses kerja seharian. Seramai hampir 30 peserta telah dipilih ke kursus ini. Ucapan perasmian penutup dan penyampaian cenderahati kepada wakil Ibu Pejabat telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Khairi bin Mohd. Nasib, Timbalan Pengarah (Operasi), JPNP.

Kursus Asas Pelancongan Dalam Konteks Perhutanan

Pada 18 hingga 21 April 2011 telah diadakan Kursus Asas Pelancongan Dalam Konteks Perhutanan bertempat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh. Kursus ini adalah anjuran bersama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang. Seramai 57 orang yang kakitangan perhutanan yang terlibat dalam kerja-kerja penjagaan, pengawasan dan penyeliaan Hutan Lipur telah berjaya mengikuti kursus ini. Upacara perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Encik Idros Yahya, manakala upacara penutup kursus dirasmikan oleh wakil Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Encik Norhaidi Yunus, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan I).

Kursus Kewangan

Baru-baru ini Jabatan telah menganjurkan Kursus Kewangan kepada kakitangan di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Seramai 31 orang peserta telah hadir mengikuti kursus ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang pengurusan akaun, kewangan dan aset. Antara penceramah yang dijemput untuk menyampaikan taklimat ialah Encik Jaafar bin Subki (Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang), Encik Mohd Shahril bin Yahya (Ketua Unit Audit Dalam) dan Encik Ghazali bin Jusoh (Sekretariat SUKMA Pahang).

Kursus Asas Open Office

Baru-baru ini, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Open Office bertempat di Bilik Latihan MSC Pahang, Kuantan. Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula daripada 16 hingga 17 Disember disertai seramai 25 kakitangan daripada Pejabat Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Hutan Daerah Kuantan dan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau. Kursus ini memberi pendedahan dan galakan kepada kakitangan Perhutanan berkaitan aplikasi OpenOffice.org Calc dan Writer. Penggunaan penuh perisian ini juga adalah amat digalakkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 14 Jun 2019.
Hari Ini 170
Semalam 206
Minggu Ini 581
Bulan Ini 2425
Jumlah Pelawat 49119

Test

sasasasasasasasa