RAUB, 14 Ogos 2020 - Majlis Penutup Kursus Asas Pemantapan Pemandu Arah Semulajadi & Malim Gunung di Daerah Raub telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Hj. Sh. Mohmed Puzi bin Sh. Ali, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang pada pagi ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri (Operasi), Tuan Grippin ak Akeng dan Pegawai Hutan Daerah Raub, En. Shahril bin Mohamad.
Kursus yang bermula pada 10 Ogos 2020 selama 5 hari ini telah disertai oleh 35 peserta yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dari Kg. Pamah Rawas, Kg. Pamah Kulat, Kg. Peruas & Kg. Ulu Sungai.
Sepanjang tempoh kursus, para peserta telah didedahkan dengan perundangan berkaitan perhutanan, etika & peranan pemandu arah semula jadi serta malim gunung, kaedah interpretasi asas, navigasi, pemprograman aktiviti serta aktiviti merintis denai di lapangan.
Pelaksanaan kursus ini merupakan salah satu langkah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam memantapkan sektor ekopelancongan hutan di Negeri ini melalui penglibatan warga setempat dalam membantu mempromosikan sumber ekopelancongan serta meningkatkan penyampaian maklumat kepada para pelancong.
Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penceramah & tenaga pengajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sudi mencurahkan ilmu kepada para peserta.
Semoga maju jaya diucapkan kepada para peserta.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 22 September 2020.
Hari Ini 83
Semalam 266
Minggu Ini 1794
Bulan Ini 7501
Jumlah Pelawat 130938

Test

sasasasasasasasa