Seminar Garis Panduan Jalan Hutan 2010

Tanggal 4 November 2010 (Khamis), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Seminar Garis Panduan Jalan Hutan 2010 bertempat di Komples Yayasan Pahang, Kuantan. Perasmian seminar disempurnakan oleh wakil Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal), YH. Dato’ Masran bin Md. Salleh. Seminar ini memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan megenai garis panduan jalan hutan yang terbaru serta memberi ruang bagi membincangkan isu berkaitan perkara ini. Pada penutup seminar, YH. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah sudi menyampaikan sijil penyertaan kepada kakitangan jabatan.

Lihat Galeri Gambar...

Pesta Sukan PEKSJAP 2010

Julung-julung kali pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) berlangsung Pesta Sukan PEKSJAP 2010 di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Sebanyak lebih 10 acara dipertandingkan antaranya bola sepak, bola jaring, marathon, badminton, congkak, tarik tali dan potong balak. Pesta sukan ini merupakan peringkat akhir yang mana pertembungan juara dan naib juara yang berjaya di pesta sukan peringkat zon Timur dan Barat. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Pejabat Hutan Negeri. Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PEKSJAP, YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman.

Lihat Galeri Gambar...

Majlis Perpisahan Kakitangan Jabatan Gred N17 & J17

Satu majlis perpisahan diadakan pada 31 Mac 2010 (Rabu) di Dewan Makan Tingkat 13, Kompleks Tun Razak bagi meraikan pertukaran Pembantu Tadbir N17 dan Pelukis Pelan. Pertukaran ini dibuat oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bagi kakitangan yang telah berkhidmat lebih lapan tahun di Jabatan yang sama. Dalam majlis tersebut, YH. Dato Pengarah Perhutanan Negeri Pahang merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dan perkhidmatan yang telah diberikan serta turut menyampaikan cenderahati kepada setiap kakitangan yang terbabit.

Lihat Galeri Gambar...

Mesyuarat Agung PEKSJAP Ke 23 Sesi 2010/2011

Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) Kali ke 23 Sesi 2010/2011 telah diadakan di Komples Yayasan Pahang, Kuantan pada 22 Oktober 2010 (Jumaat). Mesyuarat Agong tersebut dipengerusikan sebentar oleh YH. Dato’ Khairi bin Mohd Nasib dan kemudian disambung semula oleh YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman sebagai Pengerusi PEKSJAP. Pembentangan kewangan dan lantikan Ahli Jawatankuasa Induk turut dibuat dalam majlis tersebut.

Lihat Galeri Gambar...

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 dan Meraikan Pesara-Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Pada 21 Disember 2010 (Selasa), Jabatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 dan Meraikan Pesara-Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Hotel Vistana Kuantan. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Razani bin Ujang. Selain sebagai penghargaan kepada 108 orang kakitangan yang cemerlang pada tahun 2009 dan pesara atau bakal pesara jabatan tahun 2011, majlis turut memberi sijil penghargaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih 25 tahun sebagai penjawat awam. YBhg. Dato’ Razani bin Ujang turut menyampaikan Sijil Penganugerahan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I) kepada semua Pejabat Hutan Daerah di Negeri Pahang.

Lihat Galeri Gambar...

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 17 September 2019.
Hari Ini 150
Semalam 289
Minggu Ini 616
Bulan Ini 3275
Jumlah Pelawat 64448

Test

sasasasasasasasa