Bukit Sekilau, 21 Ogos 2014 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melalui Persatuan Kebajikan dan Sukan JPNP (PEKSJAP) telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1434H bertempat di perkarangan Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Hidangan yang dijamu pada hari tersebut telah disediakan secara gotong -royong seperti yang telah ditetapkan mengikut pejabat masing-masing.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kakitangan JPNP termasuk semua Pejabat Hutan Daerah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang selaku Pengerusi PEKSJAP, Dato' Haji Mohd. Paiz bin Kamaruzaman turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir serta sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di kalangan anak kakitangan sendiri. Sumbangan kepada anak yatim tersebut disampaikan melalui ketua jabatan masing-masing.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 17 Julai 2019.
Hari Ini 101
Semalam 91
Minggu Ini 1173
Bulan Ini 3546
Jumlah Pelawat 54267

Test

sasasasasasasasa