Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Kedua

Cameron Highlands, 7 Mac 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berkerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menganjurkan Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Ke 2 bertempat di Kompartmen 5, Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands. Sebanyak 3000 pokok telah ditanam yang terdiri daripada spesies Podo Kebal Musang, Tecoma, Rhu Bukit dan Meranti Bukit.

Program Penghijauan ini telah disertai hampir 800 peserta yang terdiri daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH), Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS), Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) dan Kumpulan Aktivitis Sahabat Alam (KUASA) serta agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Majlis perasmian program ini telah diadakan pada 8 Mac 2015 dan disempurnakan oleh Dato’ Sri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau turut bersama-sama hadirin menanam pokok di kawasan tersebut.

Selain itu, sepanjang dua hari program ini berlangsung, telah diadakan juga demonstrasi penggunaan Drone bagi pemantauan kawasan Ceroboh oleh TM Malaysia, demonstrasi penyemburan rumput dengan kaedah hydro mulching pada cerun dan demonstrasi penanaman rumput vertiver di kawasan lereng bukit oleh Jabatan Pertanian.

Ahli Jawatankuasa Kerja Program Latihan Teknikal Perhutanan Tahun 2015

Program Latihan Teknikal Perhutanan (LTP) bagi pelatih Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2014/2016 Dan Pengawas Hutan Sesi 2014/2015 Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) akan diadakan pada 2 Mac 2015 hinhha 19 April 2015 selama tujuh minggu bertempat di Tapak Perkhemahan Hutan Simpan Lentang, Karak di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Bentong.

Satu jawatankuasa peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah ditubuhkan bagi memastikan program LTP tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Senarai ahli jawatankuasa tersebut adalah seperti di bawah:

Bil Aktiviti Tarikh & Tempoh JK Kerja
1. Penandaan dan Pengukuran Sempadan Lesen 5 - 9/3/2015
5 hari
Pejabat Hutan Daerah Bentong
2. Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) 10 - 14/3/2015
5 hari
Unit Pengurusan Hutan
3. Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) 15 - 18/3/2015
4 hari
Unit Silvikultur Negeri
Zon Pahang Timur II
4. Penguatkuasaan dan Penyediaan Laporan Penutup 21 - 22/3/2015
2 hari
Unit Penguatkuasa
Zon Pahang Barat
5. Rawatan Memotong Akar Pepanjat (CL) 23 & 28/3/2015
2 hari
Unit SIlvikultur Negeri
Zon Pahang Barat, Raub
6. Penguatkuasaan Syarat-syarat Lesen Kilang dan Lawatan Ke Kilang 24/3/2015
1 hari
i.   Unit Industri
ii.  Unit Siasatan
iii. Pejabat Hutan Daerah
    Bentong
7. Menjalankan Tugas dan Aktiviti Kutipan Hasil di Balai Pemeriksaan Hutan 25 - 26/3/2015
2 hari
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera
8. Penandaan Pokok Secara Timber Tagging 29/3 - 4/4/2015
7 hari
Unit Pengurusan Hutan
9. Ujian Dendrologi dan Pengecaman Kayu 5 - 6/4/2015
2 hari
Pusat Latihan Perhutanan Pahang
10. Tanaman Mengaya (Menjalankan Kerja-kerja Menanam, Membersih, Merawat dan Penjarangan) 7/4/2015
1 hari
Unit Ladang Hutan
11. Aktiviti di Tapak Semaian 8 - 9/4/2015
2 hari
Unit Perolehan Bijih Benih dan Tapak Semaian, Lentang, PHD Bentong
12. Aktiviti Lawatan, Sukan dan Khidmat Masyarakat Setiap Hujung Minggu i.   Pejabat Hutan Daerah Bentong
ii.  Pusat Latihan Perhutanan Pahang
13. Majlis Makan Malam & Penutup LTP 2015 15/4/2015 Jawatankuasa Bersama BLP & JPNP

Kursus Pengurusan Perolehan Sebut Harga dan Tender

Kuantan, 29 Januari 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Perolehan Sebut Harga dan Tender selama tiga hari bermula 27 Januari 2015 hingga 29 Januari 2015 bertempat di Hotel Rocana, Kuantan. Kursus ini telah mencapai objektifnya untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan perolehan secara sebut harga dan tender selaras dengan arahan-arahan perbendaharaan terbaru dan digunapakai di peringkat Kerajaan Negeri.

Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan yang mengendalikan perolehan di unit dan pejabata masing-masing telah menghadiri kursus ini. Pihak penganjur telah menjemput [ara penceramah dari Jabtaan Kerja Raya Negeri Pahang dan juga Ketua Audit Dalam, Pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri Pahang, Encik Mohd. Shahril bin Yahya. Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Puan Siti Aminah binti Mohd Ramli, Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan), Pejabat Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Pencegahan dan Kawalan Insiden Kebakaran Hutan Di Semenanjung Malaysia

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Perhutanan Negeri supaya mengambil tindakan segera bagi mencegah dan mengawal kebakaran hutan dalam menghadapi cuaca panas dan kering ekoran fenomena El-Nino (kategori lemah) sehingga Mac 2015. Langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persediaan menghadapi insiden tersebut ialah:

  1. Menyediakan peta dan senarai kawasan yang mudah terbakar;
  2. Mempertingkat aktiviti penguatkuasaan dan pengawasan;
  3. Melaksanakan aktiviti kesedaran dan pendidikan secara berkesan;
  4. Persiapan memadan kebakaran di kawasan yang mudah terbakar;
  5. Mempertingkat rangkaian komunikasi untuk menyelaras aduan dan penyiasatan kes-kes pembakaran terbuka, dan
  6. Melaksanakan pemadaman kebakaran.

Jabatan Perhutanan Negeri juga hendaklah menggerakkan Bilik Operasi di jabatan masing-masing dan melaporkan setiap insiden kebakaran hutan yang berlaku kepada Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM. Segala langkah dan tindakan yang diambil hendaklah sejajar dengan enam komponen utama Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka yang telah dikeluarkan oleh JPSM.

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 17 September 2019.
Hari Ini 134
Semalam 289
Minggu Ini 600
Bulan Ini 3259
Jumlah Pelawat 64432

Test

sasasasasasasasa