• Utama
  • Berita
  • 2014
  • Program Kerjasama Strategik : Penanaman Pokok di Cameron Highlands

Kursus Asas Penggunaan GPS dan GIS Anjuran Ladang Hutan Kemasul

Mentakab, 20 Ogos 2013 - Pejabat Ladang Hutan Kemasul telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan GPS dan GIS Bil 1/2013 kepada kakitangannya pada 20 hingga 22 Ogos 2013 bertempat di pejabat tersebut. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah menjemput beberapa orang penceramah dari PHD lain iaitu Encik Azni bin Abd Manaf, Renjer Hutan  dan Encik Ibrahim Adham bin Khalib, Pengawas Hutan, kedua-duanya dari PHD Temerloh dan Encik Yusree bin Bidin, Renjer Hutan dari PHD Raub. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang kakitangan pejabat tersebut yang terdiri daripada Renjer Hutan Gred G17, Pengawas Hutan Gred G11 dan Pekerja Awam Khas Gred R3/R6.

Kursus ini bertujuan untuk memberi penerangan cara-cara asas penggunaan GPS di lapangan, memuat turun data GPS ke dalam bentuk data GIS dan mendigitkan pelan kawasan lesen menggunakan GIS. Peserta turut dilatih menggunakan GPS secara praktikal di lapangan sebagai latihan amali semasa kursus. Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khalim bin Abu Samah, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II) pada 22 Ogos 2013.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.