• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification


Kuantan, 9 Januari 2013 - Bertempat di Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran di Bukit Sekilau, Majlis Memperbaharui Ikrar Tahun 2013 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Perasmian Bangunan Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran telah diadakan. Jabatan amat berbesar hati apabila Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Haji Abd. Rahman bin Haji Abd. Rahim sudi hadir ke majlis tersebut  bagi menyampaikan amanat dan aspirasi beliau bagi tahun 2013 kepada seluruh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penggunaan model Analisa SWOT, Strategi Lautan Biru dan penggembelingan semangat "berkerja sebagai satu pasukan (teamwork)". Upacara melafaz bacaan ikrar telah diketuai Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Encik Lim Kee Ling. Setelah selesai majlis tersebut, YBhg. Dato’ KPPSM kemudiannya telah menyempurnakan perasmian bangunan PHD Kuantan/ Pekan/ Maran. Beliau telah dibawa melawat pameran dan ruang pejabat PHD selain diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Hutan Daerah Kuantan/ Pekan/ Maran, Encik Khairul Anuar bin Rahim mengenai struktur pentadbiran PHD. Selain itu, YBhg. Dato’ KPPSM juga telah sudi menanam dua batang anak pokok di halaman PHD serta merasmikan Sudut Orkid dan Sudut Herba PHD Kuantan/ Pekan/ Maran. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari Y Bhg. Dato’ KPPSM bersama semua kakitangan Jabatan.


. . . . . . . . . . .

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 Disember 2018.
Harini 2
Semalam 1
Minggu Ini 6
Bulan Ini 40
Jumlah Pelawat 23252

Test

sasasasasasasasa