Program Bersama PUSPANITA dan Biro Wanita PEKSJAP

Written on .

Dalam membentuk para wanita kakitangan Perhutanan berperibadi cemerlang, berbakat dan berbudaya sihat, PUSPANITA Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama Biro Wanita Persatuan Kebajikan dan Sukan Negeri Pahang (PEKSJAP) telah mengadakan pelbagai acara bagi mencapai matlamat tersebut. Program Senamrobik yang telah diadakan pada 15 November 2011 di Dewan Bakawali, Tingkat 0, Kompleks Tun Razak memdapat sambutan bukan sahaja di kalangan ahli malah daripada warga kerja wanita dari jabatan-jabatan lain juga. Manakala Pertandingan Nasyid sempena Sambutan Maal Hijrah mempamerkan kebolehan ahli mengalunkan dendangan nasyid. Pertandingan tersebut diadakan pada 13 Disember 2011 itu dimenangi oleh kumpulan daripada Pejabat Hutan Daerah Jerantut. Kedua-dua acara ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA, Datin Asmas bin Salleh.

Cetak